Komuniti Pendidikan Kuantan

Forum Cikgu-cikgu Sekitar Kuantan
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 orang bunian

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sundayman
Kerani Gaji
Kerani Gaji
avatar

Posts : 49
Join date : 2008-03-05

PostSubject: orang bunian   3rd April 2008, 9:11 am

Di Pantai Senak kelantan, terdapat sebuah kuala yg menyinpam khazanah ikan ikan gred A yg handal handal. Tetapi ianya bermusim. Jadi untuk bermain dengan ikan ikan terhandal seperti Ebek, Alu Alu, Aya Budak mahupun kakap putih yang saiz nya mencecah belasan kilo, informasi dari penduduk setempat adalah satu kemestian. Ramai hardcore anglers mempunyai kontek dikalangan penduduk tempatan. Termasuk lah Biras aku Farmi...

Pantai senak ini terkenal dengan chalet tinggal yang dikatakan berhantu dimana sekarang ini menjadi port mat pet layan stim. Terdapat juga sebuah surau yang mana terdapat segolongan jin ataupun orang bunian menggunakan fasiliti tersebut sebagai tempat ibadah mereka. Penduduk setempat sudah sedia maklum akan fenomena ini. Begitu juga dengan anglers yg biasa casting di pantai senak.

inilah surau tersebut


Terdapat kelibat dan suara suara ghaib yg boleh dialami oleh pengunjung surau pada ketika tertentu. Dan yg paling acap adalah diwaktu selepas asar sehinggalah berberapa ketika sebelum maghrib. Penduduk tempatan yang berani, pernah cuba berberapa kali untuk menangkap jin jin tersebut... tetapi kebanyakannya mengalami sakit misteri selepas cubaan mereka gagal.


berbalik kepada kisah Farmi, pada suatu petang di bulan Jun 2005, beliau telah mendapat sms dari gengnya di pantai senak berkenaan kehadiran sekumpulan Alu Alu sirip kuning yg sedang 'boilling' meligan anak anak tamban di muka kuala pantai senak.




tanpa membuang masa, farmi menyediakan set castingnya, dan kerana terpaksa menempuh bandar kota bahru untuk sampai ke pantai senak, dimana ketika itu rush hour org balik kerja, Farmi telah merembat motor pak mertua aku.

sesampainya Farmi di pantai senak, beliau teringat bahawa dia belum semayang asar lagi, walaupun ketika itu, jelas dan nyata, kelibat alu alu membaham anak tamban dimana mana. Jumlah kumpulan alu alu yg masuk ke pantai senak adalah luar biasa sekali. tetapi dengan cekal dihati dan menahan perasaan geram, Farmi semayang jugak di dalam surau yg berpenghuni jin di waktu feveret jin menjelma.

ketika semayang, pada rakaat kedua, beliau terdengar suara sekumpulan manusia ataupun mungkin juga jin sedang ketawa terbhak bahak. Semayang nya dah jadi tidak khusyuk. tengkok dan kepala nya terasa berat seperti ditekan sesuatu...

bulu romanya meremang dan perasaan takut menyelinap. Fenomena alu alu boiling mungkin ada kaitan dengan jelmaan jin yg sedang ketawa di belakang nya. walaupun kipas dipasang dengan laju, peluh peluh jantan menitik deras kerana suara ketawa itu makin kuat dan makin ramai dan makin menggila.

cepat cepat farmi memberi salam bagi menamatkan ibadah wajib nya yg tidak khusyuk itu...

beliau memberanikan dirinya untuk berpaling dan bersemuka dengan suara jin ketawa.... tetapi





rupa rupanya tok imam, pak bilal, tok siak dan jemaah jemaah lain yg ketawakan Farmi kerana dia semayang tanpa mencabut elmet BELL ori tahun 1984 (stripe tengah merah) . Ini gara gara tak sabar nak casting alu alu tengah boiling....

Back to top Go down
View user profile
 
orang bunian
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» orang yang merugi di akhirat
» orang Konghucu Masuk Islam
» Ketika Umat Muslim Memerangi Umat Yahudi
» Rumah Ditinggal Pergi ke Gereja, Nasib Jadi Apes
» Buddha VS Konghucu Rebutan Kelenteng

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Pendidikan Kuantan :: Perkara Am :: Jenaka, Lawak Antarabangsa, Teki-teki dan Sejenis dengannya-
Jump to: