Komuniti Pendidikan Kuantan

Forum Cikgu-cikgu Sekitar Kuantan
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log in  

Share | 
 

 sekolah gatal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sundayman
Kerani Gaji
Kerani Gaji
avatar

Posts : 49
Join date : 2008-03-05

PostSubject: sekolah gatal   23rd April 2008, 11:09 am

KOTA TINGGI 22 April – Sebuah sekolah di sini terpaksa ditutup dua hari selepas 100 muridnya mengalami gatal-gatal ekoran serangan ulat bulu.

Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar di sini diarahkan ditutup selama dua hari bermula hari ini ekoran kemunculan ulat bulu yang mendiami pohon besar di belakang salah sebuah bangunan sekolah berkenaan.

Tinjauan kami di sekolah itu mendapati pegawai Jabatan Kesihatan menyembur racun di salah sebuah bangunan sekolah dan ke arah pokok besar yang terletak dekat bangunan itu bagi menghapuskan ulat bulu tersebut.

Ulat bulu bersaiz tiga hingga lima sentimeter itu berwarna hitam dengan kepala dan kaki berwarna coklat tua. Ia muncul dalam jumlah yang banyak pada pokok itu sejak beberapa hari lalu.

Selain mengerumuni pohon itu, ulat-ulat itu merayap di atas lantai dan siling bilik darjah sekolah tersebut.

Seorang pelajar yang mengalami kegatalan, Aliya Shafira Mohd. Noor, 12, berkata, dia terasa miang luar biasa di tangannya sejak pukul 10 pagi.

Selepas memaklumkan keadaannya kepada seorang guru, Aliya berkata, dia dan rakan-rakan kemudian diarahkan berkumpul di dewan bersama murid lain untuk menerima rawatan daripada pegawai perubatan.

“Mula-mula rasa miang, selepas itu saya garu dan tumbuh pula bintik-bintik halus dan kemerahan,” katanya.

Rakannya, Siti Hasnida Ramlah, 12, yang juga mengalami masalah itu berkata, kebanyakan yang mengalami gatal-gatal adalah murid tahun tiga, empat, lima dan enam yang rata-rata bilik darjah mereka terletak di bangunan itu.

“Kesemua mereka yang kena gatal-gatal bersekolah sesi pagi,” kata Siti Hasnida sambil menambah kulitnya menjadi gatal apabila terkena angin yang bertiup membawa hama dari kawasan pohon itu.

Menurut Norsyahira Mohd Suhairi, 12, dia mengalami bintik-bintik halus dan ruam pada kedua-dua belah tangan serta paha hingga menyebabkannya tidak boleh memberi tumpuan kepada pelajaran.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Johor, Ramlan Sadiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Back to top Go down
View user profile
AkuNie
Guru Besar
Guru Besar
avatar

Posts : 111
Join date : 2008-03-18
Age : 32

PostSubject: Re: sekolah gatal   25th April 2008, 10:20 pm

Lame tak masuk...banyak pulak isu besh korang citer...ingat sekolah gatal aper...rupanya ulat bulunyer penangan sunday..kasik suspen kat aku... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
sundayman
Kerani Gaji
Kerani Gaji
avatar

Posts : 49
Join date : 2008-03-05

PostSubject: Re: sekolah gatal   26th April 2008, 9:40 am

UPDATE....

Pekerja tebang pokok ara diganggu mimpi ngeri

KOTA TINGGI 25 April - Seorang pekerja syarikat kontraktor yang membersih dan menebang tiga pokok ara tempat ulat bulu 'menyerang' Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar di sini semalam, mendakwa diganggu mimpi ngeri malam tadi.

Joko Ngatiman, 30, berkata, semalaman dia tidak lena tidur kerana mengalami mimpi pelik dan ngeri.

Menurutnya, dalam mimpi itu dia menyaksikan satu kejadian ngeri iaitu melihat orang dibunuh dan dipancung beramai-ramai di kawasan ini.

"Apabila tersedar sahaja saya terus beristighfar banyak-banyak lalu mengambil air sembahyang sebelum membaca surah Yasin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Malah, setibanya di sekolah tersebut untuk menyambung kerja-kerja membersihkan kawasan berkenaan pagi ini, dia menceritakan mimpi itu kepada seorang pekerja sekolah di sini.

"Lelaki tua itu mengesahkan perkara itu memang pernah berlaku satu ketika dahulu di kawasan berkenaan," ujarnya.

Selain diganggu mimpi ngeri itu, Joko turut mengalami gatal-gatal sepanjang malam tadi.

Malah, dia memberitahu seorang rakan sekerjanya, Jumain Jasman yang turut melakukan kerja-kerja membersih dan menebang pokok ara berkenaan semalam, tidak dapat bertugas hari ini kerana demam.

Di samping itu, seorang pekerja sekolah tersebut yang enggan dikenali mendakwa terdengar suara orang menangis di kawasan itu malam tadi.

Sementara itu, tinjauan di sekolah berkenaan mendapati beberapa pekerja syarikat kontraktor itu meneruskan kerja-kerja membersih dan membaiki bumbung bangunan sekolah yang rosak akibat dihempap pokok ara yang ditebang semalam.

"Secara kebetulan kami mempunyai stok barang binaan terpakai, maka kami gunakan untuk membaiki bumbung bangunan yang rosak," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Ahmad Zamri Sabran yang turut berada di lokasi mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan, ibu bapa serta individu yang telah membantu bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, walaupun bangunan yang rosak itu akan diroboh dan digantikan dengan dua buah bangunan tiga tingkat tidak lama lagi, namun dalam masa terdekat ia akan digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan sekolah.

"Justeru, adalah wajar ia dibaiki dan saya ucapkan terima kasih atas kesediaan pihak kontraktor membaiki bumbung bangunan ini,' katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati dan melarang murid-murid sekolah berkenaan daripada bermain di kawasan tersebut kerana bimbang kejadian sama berulang.

Pada Selasa lalu, SK Bandar ditutup dua hari ekoran lebih 100 muridnya mengalami gatal-gatal akibat diserang ulat bulu.

Akibatnya, tiga pokok ara dianggarkan berusia lebih 50 tahun yang menjadi sarang serangga berkenaan ditebang semalam.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: sekolah gatal   

Back to top Go down
 
sekolah gatal
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Perempuan Amerika ini berfoto bugil di sekolah Katolik
» Inspiratif : Sekolah Darurat si Kembar Sri Rosyati dan Sri Irianingsih
» Mengapa yah sekolah kristen itu berbahaya bagi anak-anak?
» Kelakuan anak sekolah jaman sekarang
» Sekolah di Kota Sukabumi Diminta Sediakan Masjid

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Pendidikan Kuantan :: Perkara Am :: Sembang-sembang Perihal Sekolah-
Jump to: